Sabtu, 29 Jun 2013 - PMRAM Cawangan Zagazig telah mengadakan solat hajat perdana bagi
mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Mesir. Program tersebut bermula dengan solat
maghrib berjemaah bertempat di Zagazig
Malaysian Students Hall. Kemudian, bacaan yassin dan juga tahlil turut diadakan
bagi mendoakan arwah bapa seorang mahasiswa pengajian Islam yang telah pergi ke
rahmatullah iaitu saudara Muhammad Zul Azri bin Zainal. Bacaan tersebut diimami
olehnya dan seterusnya beliau mengimami solat jenazah ghaib untuk arwah
bapanya.
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Sunday, June 30, 2013
Sunday, September 18, 2011
Wacana Perdana Isu Semasa, Medan Mematangkan Mahasiswa Cakna Keadaan Sekeliling
ZAGAZIG, 17 September- DPMZ di bawah anjuran Unit Penerangan dan Penarbitan telah menganjurkan wacana perdana isu semasa yang bertajuk "Mesir & Israel, Realiti dan Tribulasi" pada malam tadi bertempat di Dewan Dar Wehdah.
Hadaf utama penganjuran program wacana perdana ini adalah untuk menerangkan kepada ahli situasi sebenar isu-isu semasa terkini, dan yang lebih penting untuk ahli supaya sentiasa cakna dan peduli tentang isu-isu dunia yang kian hangat diperkatakan mutakhir ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

